Saya menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana cara untuk mula membina dan mengumpul senarai email.Untuk itu saya akan terangkan perkara asas yang perlu anda lakukan untuk mula mengumpul senarai email.
1.Beli Domain Dan Web Hosting
————————
Perkara pertama yang anda perlu ada ialah domain dan web hosting.Kos domain dan webhosting yang asas adalah antara RM 50 hingga RM 100 sahaja.Ada banyak pilihan hosting di luar sana yang anda boleh pilih.
Antara hosting yang saya sarankan ialah Sempoihosting dan juga Datakl.Jika anda inginkan hosting bajet,anda boleh gunakan perkhidmatan daripada sempoihosting dan anda boleh dapatkan harga bermula RM 38.90 sahaja.
http://sempoihosting.com/buy-web-host-and-domain.htm
Antara banyak-banyak hosting yang pernah saya guna,setakat ini saya sangat berpuas hati dengan dengan Datakl kerana faktor ruang storan,bandwidth yang ditawarkan serta kelajuannya.Anda boleh dapatkannya dengan pakej serendah RM 105 sahaja.
http://datakl.com/hosting-plans.php
2. Siapkan produk percuma
————————-
Anda boleh tulis laporan percuma untuk diedarkan kepada umum bagi tujuan mengumpul senarai email.Laporan percuma yang ditulis tidak semestinya panjang berjela,cukup dengan hanya antara 10-20 mukasurat sebagai permulaan.
Jika anda rasa susah sangat dan tiada idea untuk menulis, cara yang paling mudah ialah kumpulkan laporan dan produk percuma yang dibenarkan untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai,dan tawarkannya sebagai produk percuma anda untuk tujuan pengumpulan senarai email.Senang kan…
3. Langgan servis autoresponder
——————————-
Untuk mengumpul,mengurus dan berhubung dengan senarai email, sudah semestinya anda memerlukan autoresponder.Saya amat
galakkan kepada anda untuk melanggan autoresponder berbayar
supaya email yang anda kumpul kekal untuk jangka panjang.
Berikut saya senaraikan beberapa jenis autoresponder yang anda boleh bandingkan dan pilih.
–> Autoresponder berbayar yang biasa digunakan oleh IM tempatan dan luar negara kerana reliability dan accuracy yang dimiliki:
1. Aweber
http://www.aweber.com/pricing.htm
2. Getresponse (Sekarang dah mahal..huh…)
http://www.getresponse.com/pricing
–> Autoresponder berbayar kos sederhana
1. Turbo Autoresponder
http://www.turboautoresponders.com/pricing.htm
2. Asian Brain Follow Up
http://www.asianbrainfollowup.com/pricing.htm
–> Autoresponder berbayar kos murah
1. Shout Response:
http://www.shoutresponse.com/pricing.html
2. Norabots
http://norabots.com
Setelah anda melanggan autoresponder yang menjadi pilihan hati anda,bolehlah anda biasakan diri dengan sistem autoresponder tersebut.Biasanya memang ada tutorial yang diberikan melalui web autoresponder tersebut.
Untuk borang opt in,anda boleh dapatkan kod tersebut dengan setup melalui autoresponder dan pastekannya ke dalam minisite yang anda bina.
4. Bina Squeeze Page Untuk mengumpul senarai email
————————————————–
Langkah yang seterusnya adalah membina squeeze page,iaitu minisite yang akan kita letakkan borang opt in autoresponder untuk tujuan mengumpul senarai email.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk membina minisite anda bolehlah search sebarang panduan untuk membinanya di Google atau melalui video di youtube.Jika anda inginkan panduan lengkap dalam bahasa Melayu,boleh dapatkannya di sini:
Video Panduan Minisite
Semoga panduan diatas dapat membantu anda untuk mula mengumpul senarai email.Jika anda inginkan lebih banyak tips dan teknik tentang pemasaran email,anda bolehlah dapatkan Ebook Kuasa Pemasaran Email:
http://www.kuasaemail.com
No comments:
Post a Comment