Monday, August 30, 2021

TAK PERLU TUNGGU TUA UNTUK BERJAYA

 Mereka yang berjaya, kebanyakan tidak menunggu hingga sudah berusia mahupun tua. Untuk berjaya, mereka tidak hanya tunggu bagi menjalani kehidupan waktu muda sebelum melakukan tindakan selepas sudah berusia.

Orang berjaya ini mengikut keinginan, niat dan impian yang sudah ditanam membuatkan tindakan yang berterusan. Mereka tahu apa perlu dilakukan dan menetapkan sasaran yang jelas.

Masa berlalu dengan pantas, hidup ini tidak menunggu sesiapa untuk berkembang dan melakukan apa yang patut pada masanya. Orang berjaya tidak menunggu hala tuju hidup seseorang, mereka sendiri menentukan ke mana destinasi yang nak dituju.

Kita semua mahukan kejayaan namun hanya sebahagian daripada kita mahu melakarnya ikut acuan sendiri.

Tapi kejayaan itu tidak datang begitu saja, sebaliknya perlu berdepan dengan cabaran-cabaran tertentu bergantung kepada tahap perniagaan.

Apakah yang membuatkan orang itu berjaya? Mereka bersemangat dengan menjaga disiplin serta langkah-langkah diambil bagi memenuhi impian mereka.

Menurut dapatan kajian mentor eksekutif dan strategis, Terina Allen, orang dan pemimpin berjaya tidak hanya menunggu bagi sesuatu perkara itu berlaku. Mereka akan berusaha bersungguh untuk mencapai impian masing-masing.

Apa yang boleh kita lakukan untuk berjaya?

Ini adalah hidup anda, kerjaya anda jika memilih sebagai seorang usahawan. Maka anda perlu bangkit dan memacu proses kejayaan anda dengan ilmu dan pengalaman diri dan orang lain.

Kejayaan anda juga bergantung kepada fokus tenaga ke mana dan masa yang digunakan dalam melakar kejayaan. Sebab itu, MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman mengingatkan untuk usahawan ‘trust the process’.

Percaya kepada proses untuk berjaya, terus berikan manfaat kepada seberapa ramai orang di luar sana. Semakin ramai anda membantu orang lain, insyaAllah semakin cepat dan banyak kejayaan anda nanti.

Seperti di RichWorks, banyak usahawan muda telah pun berjaya membina perniagaan mereka. Ada yang sudah bermula sejak usia belasan tahun, hingga kini sudah capai jualan hingga 7 angka contohnya Founder Eng’s Popcorn, Tuan Mohamad Shazarul Ismail dan ramai lagi.

KREDIT TO :https://richworks.com/tak-perlu-tunggu-tua-untuk-berjaya/

KEFAHAMAN SESWEORANG USAHAWAN

Berniaga bukan sekadar ikut-ikutan. Anda kena betul-betul faham dalam sesebuah perniagaan itu.

“Eh! Dia berniaga tudung, nak jual tudung jugak lah..”

“E…e…! Dia buat cup cake, nak jual cup cake jugak”

Kalau asyik bertukar-tukar bisnes, maknanya anda tak fokus. Anda mungkin anggap bisnes ni setakat main-main. Jika anda sendiri tak serius dengan bisnes anda, orang lain pun pasti tak anggap anda serius nak berbisnes.

Sakit hatikan bila ada orang tanya “kau bisnes apa pulak sekarang ni?”. Nampak sangat orang ramai asyik perhatikan anda dan tuggu anda jatuh untuk digelakkan.

Bisnes tanpa ilmu, begitulah! Main redah je, kalau ada untung nasib baik, dah rugi nak buat cemana… Serius nak berbisnes? Serius nak jadi usahawan? Cari ilmu dulu.

7 ‘faham’ yang perlu usahawan tahu dan sedar :

1) FAHAMI MAKNA KEJAYAAN

Sebelum anda nak cipta kejayaan, anda perlu fahami dulu kenapa anda perlu berjaya? Untuk apa dan siapa? Dan, apa benda yang anda dan berjaya.

Jika anda nak berjaya sebagai seorang peniaga, peniaga apa? Kenapa? Untuk Siapa? Ini semua anda perlu jelas kerana inilah yang akan jadi fokus utama anda.

Kalau anda nak tahu, ramai peniaga gagal kerana mereka tak tahu makna kejayaan. Mereka tak faham apa kejayaan boleh beri kepada mereka dan kejayaan macam mana yang mereka mahu.

Contoh, jika seorang yang biasa bekerja makan gaji dengan gaji RM3,000 sebulan, jika mereka tak faham makna kejayaan yang mereka mahu, buat jualan RM300 sebulan pun, mereka dah rasa OK.

Tak salah untuk permulaan. Sekurangnya, ada juga duit lebih. Berbeza dengan orang yang jelas tentang makna kejayaan yang mereka mahu, mereka mesti nak buat lebih dari gaji bulanan.

2) FAHAMI NILAI UTAMA

Nilai atau ‘core values’ adalah sesuatu yang tentukan kita berada di atas landasan yang betul sebelum kita terbang menuju kejayaan.

Betul! Cuba fikir, ada orang berjaya juga tetapi dengan buat benda yang salah. Tiru jenama orang lain, ciplak produk orang lain, jual barang murah dengan harga barang original… ini semua boleh juga bawa kejayaan, tapi betul ke nilainya?

Core values, adalah nilai-nilai yang anda perlu pegang dalam usaha anda menjadi usahawan berjaya.

Jika anda faham nilai-nilai perniagaan anda, anda akan menjaga sebaiknya, dan usaha yang anda lakukan akan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai utama. Bila anda ada nilai, pelanggan anda akan rasa…

3) FAHAMI VISI ANDA

Usahawan berjaya punyai visi yang jelas. Kenapa mereka berniaga, untuk capai apa, untuk bantu siapa, bila, dengan cara apa?

Semuanya jelas, semuanya diterangkan kepada semua kakitangan dan semuanya ada dituliskan di setiap ruang kedai dan pejabat supaya selalu menjadi ingatan.

Semua staff akan bekerja untuk mencapai visi yang sama. Barulah perniagaan bergerak lancar. Semuanya bersistem dan sealiran.

Ingat, bisnes bukan setakat nak cari duit dapur atau setakat nak harapkan kasihan belas orang untuk membeli dari kita. Bisnes perlu ada visi!

4) FAHAMI KESILAPAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Jangan kecewa sangatlah bila buat kesilapan. Itu biasa. dari kesilapan kita bangkit dan buat tindakan lebih baik. Ada orang sebelum buat silap dah cari ilmu dulu, tak mahu rugi membuta tuli.

Ada orang dah buat silap sekali baru pergi cari guru. Ada orang dah silap berkali-kali baru berguru. Tak apa, asalkan sedar dari kesilapan dan perbaikinya.Yang tak betul ialah bila buat silap terus give up atau bila buat silap, pura-pura OK anda nothing happened.

Alamatnya tak akan jauh lah perginya.Kesilapan boleh jadi pemangkin untuk kita lakukan usaha sekali lagi dengan lebih baik atau boleh jadi pemangkin untuk kita terus buat silap, jika kita tak belajar sesuatu darinya.

5) FAHAMI TEKNOLOGI

Zaman sekarang, bisnes hanya dibuat di hujung jari. Tekan-tekan, klik-klik duit dah boleh masuk ke dalam akaun. Tapi, adakah kita cukup pantas untuk mengejar teknologi yang sering berubah ini?

Kesilapan ramai peniaga ialah tidak mahu upgrade teknologi yang digunakan dalam berbisnes. Ada yang langsung tidak mahu tahu. Selesa sangat dengan cara yang dilakukan sekarang.

Masalahnya, bila anda tak faham teknologi susah untuk anda nak bersaing dan nak jumpa prospek dan pelanggan yang sentiasa mengharapkan teknologi.

6) FAHAMI NILAI MASA

Kita berbisnes supaya kita ada banyak pilihan. Itu apa yang selalu difikirkan oleh peniaga yang bijak. Bisnes yang menguntungkan membolehkan kita untuk ada lebih pilihan nak capai impian yang mana, bila, dan bagaimana.

Juga boleh buat pilihan masa. Anda yang dah berniaga pasti nak menikmati hasil dari perniagaan anda, tapi jika anda yang buat semua perkara anda dah tentu tak ada masa nak menikmatinya.

Fahami nilai masa yang anda mahu. Bila anda nak nikmati hasil perniagaan anda, dengan siapa, di mana? Itu semua anda kena definasikan dengan jelas.

Ada peniaga yang takut sangat bisnesnya akan kerugian sehinggakan tak mahu langsung melepaskan sedikit pun dari urusan bisnes kepada orang lain, inilah yang terjadi bila anda tak faham nilai masa.

Anda sendiri akan berada dalam keadaan takut. Jika anda faham, anda akan berusaha untuk ‘delegate’ urusan bisnes supaya anda ada masa yang anda mahukan.

7) FAHAMKAN AKAL DENGAN LEBIH ILMU

Tugas utama peniaga ialah untuk sentiasa mencari ilmu kerana semakin tinggi ilmu yang anda ada, semakin baguslah tindakan anda dalam berbisnes dan semakin tinggilah pendapatan anda.

Betul tak? Jika anda setakat tahu bagaimana nak buat RM10 ribu sebulan, anda tak akan dapat buat RM50 ribu sebulan guna ilmu dan cara yang sama.

Di sinilah anda perlu faham kenapa peniaga sentiasa perlu upgrade ilmu. Cari ilmu yang dah terbukti berjaya, baru cepat sikit anda nak capai kejayaan anda sendiri.

kREDIT : https://richworks.com/faham-perlu-ada-dalam-diri-usahawan/

Tuesday, May 7, 2019

9 Tips untuk Usahawan Tani Dalam Bisnes Pertanian


Sektor pertanian adalah antara penyumbang hasil pendapatan negara sejak sebelum merdeka. Sektor ini juga adalah penyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia. Hal ini demikian, majoriti penduduk pada era selepas merdeka lebih tertumpu kepada aktiviti yang berasaskan pertanian dan perlombongan. Permintaan untuk perkhidmatan konsultasi dan latihan kemahiran untuk memulakan perniagaan asas tani semakin hari semakin meningkat berikutan dengan masalah kegawatan ekonomi. Berikut adalah 9 tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian.
1. PILIH JENIS TANAMAN YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DAN SENTIASA TIDAK MENCUKUPI DI PASARAN

Berikut adalah indeks harga purata runcit bagi komuditi tanaman terpilih untuk Mac 2017.


Ia adalah salah satu tips yang sangat berguna untuk usahawan tani. Kadar peratusan antara 57-57.2% merupakan di antara tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi tetapi tidak mencukupi di pasaran. Anda juga perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu dengan mengumpulkan maklumat mengenai jenis tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi.

2. PILIH JENIS TANAMAN YANG MEMPUNYAI TEMPOH PENANAMAN YANG SINGKAT

Tanaman kontan (cash crops) ialah tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau ubi dan tanaman herba yang mempunyai tempoh penanaman yang singkat. Antara contohnya ialah cili, kacang panjang, pisang, ubi kayu, ubi keledek, keladi, misai kucing, stevia, serai wangi, mas cotek, dan halia.

Tempoh penanaman menjadi salah satu faktor yang penting kerana lagi cepat proses dari penanaman ke penuaian, lagi cepat proses untuk pusingan modal. Tempoh penanaman sehingga tuaian untuk sayuran berdaun seperti bayam, kangkung dan sawi adalah purata 30 hari. Manakala bagi sayuran berbuah seperti cili adalah 6 bulan (tanaman secara fertigasi).

3. KENALPASTI SALURAN PEMASARAN SEBELUM PENANAMAN BERMULA

Sebelum memulakan projek penanaman, usahawan tani perlu menentukan channel pemasaran bagi hasil tanaman nanti. Sama ada tanaman tersebut akan dijual di pasar borong, pasar tani, pasar malam, pasar basah, kedai runcit atau hypermarket.

Setiap jenis saluran pemasaran ini akan memberikan hasil dengan harga dan terma yang berbeza. Oleh itu, usahawan tani perlu bertanya kepada mereka dahulu atau kaji pasaran mereka untuk mengetahui sayuran jenis apa yang mereka mahukan.

4. KAWAL KOS LOGISTIK DENGAN MEMILIH LOKASI SALURAN YANG BERDEKATAN

Kos perbelanjaan juga boleh meningkat sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Kos logistik dapat dijimatkan apabila kita dapat mengenalpasti saluran pemasaran yang berhampiran atau projek tanaman diusahakan berhampiran dengan lokasi saluran.

Selain itu, usahawan tani boleh juga mengurangkan kos logistik apabila menetapkan jumlah minimum hasil tanaman yang perlu dibawa oleh sebuah lori untuk menampung kos logistik.

5. TETAPKAN FOKUS MAHU SASARKAN HARGA TINGGI ATAU BEKALAN BERTERUSAN

Tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian yang kelima ialah fokus untuk sasarkan harga tinggi. Kebiasaanya hasil tuaian ketika musim perayaan adalah lebih tinggi berbanding dengan musim-musim lain. Oleh itu, waktu memulakan tanaman perlu dikira dari tarikh musim harga tinggi ke belakang. Selain itu, anda juga boleh fokus kepada strategi bekalan terusan tanpa memikirkan harga turun naik pasaran.Ia adalah untuk mendapat kepercayaan daripada pelanggan anda dengan bekalan yang sentiasa ada.

6. SEBAGAI ORANG BARU, BERMULA KECIL DAHULU

Jika tidak mempunyai pengalaman mengusahakan tanaman, anda perlu memulakannya pada skala yang kecil dahulu. Anda juga perlu memaahami karakter tanaman, keperluan baja, kawalan penyakit dan lain-lain.

Sebagai contoh, apabila kita bermula pada skala yang besar, risikonya juga besar. Sekiranya gagal, kita akan rugi besar dan mengambil masa untuk bermula kembali. Oleh itu, anda perlu bermula dengan skala yang kecil meletakkan kita berada dalam risiko yang boleh dikawal. Apabila sudah yakin dengan pelaburan skala kecil yang sudah memberikan pulangan, kembangkan ke skala besar.

7. MULAKAN TANPA PINJAMAN

Bermula dengan apa yang ada. Jangan mulakan bisnes pertanian dengan pinjaman. Bank-bank juga tidak memberi pinjaman kepada mereka yang masih baru tanpa cagaran tanah. Sekiranya kita mencagarkan tanah kita, dan perniagaan kita gagal, bank akan mengambil alih tanah kita kerana tidak mampu untuk membayarnya.


8. BEKERJASAMA DENGAN RAKAN STRATEGIK

Kaedah yang lebih cepat untuk kita menyertai pelaburan skala besar, iaitu dengan bekerjasama dengan rakan strategik. Kita boleh menjalinkan kerjasama dengan mereka. Oleh itu, kita dapat mengelakkan dari membuat pinjaman dengan bank. Oleh itu, anda juga dinasihatkan untuk keluar bersosial untuk mencari rakan strategik anda.

9. MENGURUS AGROBISNES GAYA KORPORAT, BUKAN GAYA TAUKE

Rancang perniagaan pertanian yang kecil itu secara bersistem yang akan membesar di kemudian hari boleh dibesarkan. Walaupun masih kecil, urus perniagaan anda seperti syarikat korporat besar. Wujudkan sistem dan SOP untuk setiap urusan penanaman sehingga kepada pemasaran. Ini juga memudahkan kita untuk mendapatkan sijil MyGAP, iaitu pengiktirafan kepada amalan pertanian yang baik (Good Agriculture Practice).


KESIMPULAN

Berikut adalah 9 tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian untuk mereka yang baru ingin mencuba ke bidang pertanian. Anda perlu dapatkan sebanyak maklumat yang boleh sebelum membuat keputusan pelaburan dalam bisnes pertanian. melabur tanpa perancangan yang betul akan membuatkan perniagaan anda akan lebur. Kongsikan 9 tips untuk usahawan tani dalam bisnes pertanian kepada rakan-rakan anda yang ingin memcuba bidang pertanian.

Sumber: absagro

10 Tips sebelum anda memulakan blog dalam niche Travel dan Percutian

Apa yang best bila kita ada blog dalam niche travel dan percutian?


Pada mulanya, saya menulis topik mengenai percutian sebagai salah satu catatan perkongsian pengalaman sahaja. Rasa agak sayang, bila kita ada pengalaman pernah sampai ke sesuatu destinasi percutian, tapi kita tak catatkan travelog kita sepanjang percutian tersebut.


Kemudian, bila saya mula menulis tentang pengalaman yang saya lalui sepanjang perjalanan saya ke mana-mana destinasi percutian yang saya pernah kunjungi, saya dapati makin ramai pembaca yang menghubungi saya dan mereka minat nak tahu lebih lanjut tentang sesuatu tempat percutian tersebut.


Macam-macam soalan yang pernah saya terima, misalnya apa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan? Dekat mana nak cari kedai makan yang paling dekat? Berapa harga kalau nak dapatkan perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya.


Setelah menulis artikel berkaitan dengan percutian, saya juga mula dihubungi oleh beberapa syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan percutian. Bermula dari saat itu, saya mula menulis beberapa perkara seperti perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, Pakej Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi serta beberapa review tempat penginapan yang saya pernah kunjungi.

Pada saya, mempunyai sebuah blog yang berkisarkan tentang percutian telah membuka satu peluang baru untuk saya menjelajah Bumi Malaysia ini. Maklumlah, setakat ini saya hanya berkesempatan untuk pergi bercuti dalam negara sahaja.


Sambil pergi bercuti, saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan para usahawan yang menjalankan bisnes berkaitan dengan industri percutian. Saya dapat bertukar-tukar pandangan dan dapat belajar serba sedikit dari pengalaman perniagaan yang mereka jalankan.

Satu pengalaman yang menarik dan saya percaya, anda juga boleh lalui pengalaman yang sama jika anda juga mempunyai blog dalam niche travel. Pernah tak anda terfikir untuk memulakan sebuah blog dalam niche travel? Jika pernah, tapi anda masih belum mulakan lagi, mungkin beberapa tips yang saya kongsikan dalam artikel ini akan dapat membantu anda.
 Jangan takut untuk mulakan blog dalam niche travel pada hari ini. Walaupun dalam dunia sekarang ini, ada banyak blog dalam niche travel telah dihasilkan, namun ini tak bermakna blog yang bakal anda hasilkan nanti tidak menarik. Setiap blog ada keunikkannya yang tersendiri.
 Saya pasti, blog travel yang bakal anda hasilkan nanti juga pasti ada keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Anda juga boleh berjaya dan boleh pergi jauh dengan blog yang bakal anda hasilkan, asalkan anda tidak cepat menyerah kalah dan berhenti separuh jalan.
 Ini dia beberapa tips untuk anda, sebelum memulakan blog travel anda.
 (1) Fikirkan satu nama untuk blog anda
Nama yang bakal anda gunakan untuk blog anda, bakal menjadi satu jenama yang memudahkan para pembaca dan pengguna internet mengingati dan mengenali blog anda. Di internet terdapat beribu-ribu laman blog, dan sudah tentu anda ingin dikenali dan diingati oleh pembaca blog anda.
 Ada beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memberikan nama bagi blog anda.
  1. Gunakan kombinasi dua perkataan yang melambangkan bidang pilihan anda
  2. Gunakan frasa yang sering digunakan oleh pengguna
  3. Nyatakan “kelebihan yang bakal diperolehi oleh pembaca” sebagai nama blog anda
  4. Guna nama personal anda
  5. Guna nama syarikat yang anda daftarkan sebagai nama blog anda
  6. Gunakan nama tempat/daerah/negeri atau negara sebagai nama blog
 Proses untuk memberi nama kepada blog yang bakal dibina ini memang boleh mengambil masa yang agak lama. Apabila dah berjaya temui satu nama yang dirasakan menarik untuk digunakan pada laman blog kita, kita kena buat semakan terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada nama tersebut sudah digunakan oleh orang lain atau belum.
 Kalau masih belum ada sesiapa yang gunakan nama tersebut, itu satu perkara yang bagus. Maknanya anda boleh gunakan nama tersebut untuk blog anda dan mula membina jenama blog anda.
 Langkah seterusnya ialah daftarkan nama tersebut sebagai nama domain anda.
Saya syorkan anda gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat NetKL Network. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, saya telah menggunakan perkhidmatan dari NetKL sejak dari tahun 2009 lagi dan setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini.

Kebanyakkan blog-blog yang saya miliki juga di hostkan melalui syarikat ini. Dengan pengalaman baik yang saya ada, saya berani untuk rekemen para pembaca untuk gunakan perkhidmatan dari syarikat ini juga. Sila lihat screenshot dibawah yang merupakan antara pakej yang ditawarkan.
Pada peringkat permulaan, saya syorkan anda bermula dengan pakej mySilver X dengan bayaran serendah RM60 setahun. Berikan masa untuk blog anda berkembang dan apabila anda dapati blog anda mula menerima jumlah pelawat yang semakin ramai, penggunaan bandwidth juga makin bertambah, pada waktu itu barulah anda upgrade pakej langganan anda kepada satu pakej yang lebih tinggi.
 Ok selesai tentang menamakan blog anda.

(2) Boleh sediakan modal untuk blog travel anda

Untuk buat blog, anda boleh pilih sama ada nak menggunakan platform yang percuma seperti blogspot.com ataupun wordpress.com

Itu kalau bab pemilihan platform. Tapi, jika anda pernah baca beberapa artikel yang saya pernah siarkan dalam blog ini, anda pasti tahu yang saya lebih sarankan anda gunakan platform berbayar wordpress self hosted.
 Anda boleh memulakan blog travel anda dengan kos permulaan serendah RM60 setahun, RM100 mahupun RM200. Itu baru sentuh tentang kos untuk melanggan domain dan hosting.
 Selain perkara ini, anda juga perlu ada modal untuk pergi bercuti!
 Blog anda masih baru. Tiada siapa yang kenal siapa anda. Logiknya, memang tiada siapa yang akan sponsor anda untuk pergi bercuti dan meminta anda untuk menulis review tentang hotel, restoran mahupun mana-mana destinasi percutian yang popular disekitar kawasan anda.
 Walaubagaimanapun, blog anda memerlukan konten. Peringkat permulaan, anda perlu ada modal sendiri untuk pergi bercuti bagi mendapatkan konten yang unik untuk blog anda. Kalau anda memang jenis yang biasa pergi bercuti, saya pasti anda tak ada masalah untuk hasilkan konten bagi blog anda.
 (3) Melabur untuk dapatkan design blog yang menarik
Design blog yang menarik boleh didapati dengan mudah apabila anda menggunakan premium theme untuk wordpress. Terdapat beberapa jenis theme yang anda boleh gunakan untuk mencantikkan blog anda. Ada theme yang percuma dan ada juga theme yang berbayar (premium).
 Kalau theme wordpress percuma, ianya boleh diperolehi melalui ruangan dashboard akaun wordpress anda. Ini antaranya.
Anda hanya perlu pergi ke bahagian Appearance, pilih Themes dan seterusnya klik pada Add Theme. Dari situ anda boleh pilih mana-mana theme wordpress yang anda rasakan menarik pada pandangan anda.
 Kalau anda ada modal, saya syorkan gunakan theme wordpress yang berbayar. Saya juga menggunakan theme berbayar dari StudioPress untuk kebanyakkan blog yang saya miliki.
 (4) Luangkan masa untuk menulis
Waktu saya baru nak mula menulis blog dulu, ada satu nasihat yang agak popular yang sering diberikan oleh penulis blog yang lebih senior.
 Tulis sekurang-kurangnya satu blogpost dalam satu hari.
 Nasihat ini nampak mudah, tapi sebenarnya bukan mudah untuk dilakukan. Kalau anda mempunyai lebih dari satu blog, itu lagi mencabar untuk kekalkan momentum untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel atau blogpost pada blog anda.
 Kalau nak menulis tentang pengalaman travel, itu lagi mencabar, sebabnya anda kena pergi travel dulu, barulah boleh kongsikan pengalaman anda. Kalau anda tak pernah travel kemana-mana anda masih boleh tulis artikel tentang percutian, tetapi ianya adalah berdasarkan pengalaman orang lain.
 Feeling dia dah tentu tak sama kalau nak bandingkan dengan anda sendiri yang pergi bercuti.
 (5) Siap sedia dengan kemungkinan tak berjaya dapat sebarang hasil
Apabila menulis blog tentang travel atau percutian, apakah bentuk kejayaan yang anda harapkan?
 Mungkin ini adalah antara yang anda harapkan akan berlaku
  1. Boleh bercuti ke mana sahaja dengan mendapat tajaan sepenuhnya
  2. Pendapatan dari blog travel anda boleh menggantikan pendapatan dari kerja hakiki anda
  3. Boleh jadi full time blogger
  4. Sentiasa dapat job untuk review hotel
  5. Boleh bercuti ke luar negara
 Saya bukan berniat nak lunturkan semangat anda, namun anda perlu bersedia untuk terima hakikat yang anda mungkin tak akan perolehi itu semua.
 Sekitar tahun 2018, saya mendapat tajaan untuk pergi bercuti ke Sabah. Tapi tajaan yang saya perolehi adalah untuk perkhidmatan kereta sewa sahaja, dan bukannya untuk keseluruhan percutian. Kereta sewa ini, kalau kami bayar sendiri, kosnya lebih kurang RM800.
 Mujurlah ada sponsor, jadi saya tak perlu nak keluar duit sendiri untuk sewa kereta sepanjang bercuti di Sabah. Sebagai menghargai kesudian syarikat tersebut menaja perkhidmatan kereta sewa sepanjang percutian itu, saya telah menulis artikel mengenai syarikat kereta sewa tersebut.

(6) Dapatkan peralatan yang sesuai untuk blog travel anda
Sekali lagi anda perlu keluarkan duit untuk dapatkan peralatan yang sesuai untuk menguruskan blog travel anda.
 Peralatan yang paling penting sekali adalah kamera. Kamera ini pula ada pelbagai jenis, sama ada DSLR, compact camera, action camera, water proof camera dan sebagainya.
Kalau anda jenis yang suka merakam video, anda juga perlu mempunyai peralatan yang sesuai bagi menghasilkan rakaman yang terbaik.

(7) Anda perlu jelas siapakah pembaca sasaran blog anda

Ini bahagian yang akan menjadikan blog anda unik. Apabila anda menulis, anda perlu jelas siapakah sebenarnya golongan pembaca yang anda sasarkan.
 Kalau macam saya sendiri, apabila pergi bercuti, saya lebih suka percutian bersama keluarga. Kalau boleh bila nak bercuti tu, saya nak ajak seberapa banyak ahli keluarga yang boleh. Sebab itu kebanyakkan tempat-tempat penginapan yang saya pilih adalah yang dari jenis homestay, kondo atau apartment.
 Macam setengah penulis blog tentang travel, dia lebih suka travel seorang diri ataupun berdua. Konsep travel yang dia minat pula adalah konsep backpackers.
Bila dia tulis tentang pengalaman bercuti style backpackers, kebiasaannya mereka yang ada minat yang sama yang akan jadi pembaca blog tersebut.
 (8) Konsisten menulis dan mempromosikan blog anda
Anda dah susah payah menulis dan menghasilkan konten untuk blog anda. Jangan lupa untuk mempromosikan blog anda. Kalau anda ada akaun media sosial, jangan segan-segan untuk kongsikan pautan blog anda atau pautan artikel terbaru blog anda di media sosial milik anda.
 Jadikan kerja mempromosikan blog anda ini sebagai satu perkara rutin. Kalau anda mempunyai banyak blog, pastikan setiap blog yang anda miliki itu juga saling mempromosikan antara satu sama lain.
 Artikel yang kita tulis di blog, lambat-laun akan masuk ke laman carian google bagi kata kunci tertentu yang terdapat pada blog kita. Pada waktu itu, blog kita akan mula menerima trafik secara automatik walaupun pada waktu itu kita tidak membuat pemasaran secara aktif.
 Untuk peringkat permulaan, sebaik-baiknya kita buatlah pemasaran secara aktif. Barulah blog kita akan cepat dikenali dan akan dapat banyak pembaca.
 (9) Sertai program affiliate yang relevan dengan topik blog anda
Sebenarnya nak hasilkan sebuah blog tentang travel ini, bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan modal yang agak banyak. Macam yang saya telah sebutkan sebelum ini.
 Kita kena keluar modal untuk pergi bercuti, kena keluar modal untuk maintain renew domain dan hosting, kemudian kita juga kena keluar modal untuk beli peralatan yang sesuai, seperti kamera dan lain-lain gadget untuk menghasilkan karya yang terbaik untuk disiarkan dalam blog kita.
 Kat mana kita nak cari sumber pendapatan untuk menampung semua kos-kos ini? Saranan saya, anda sertailah program affiliate.
 Apabila anda buat blog tentang travel, sebenarnya ada terlalu banyak produk dan syarikat yang anda boleh lakukan kerjasama untuk menjana sedikit pendapatan diinternet. Saya tak akan cerita dengan panjang lebar sebabnya anda boleh baca di artikel saya sebelum ini yang berjudul cara mudah menjadi ejen pemasaran Pakej Percutian.
Ringkasnya, anda sertai program affiliate yang dikendalikan oleh Involve Asia dan fokus pada kategori travel.

(10) Beranikan diri untuk hubungi “bakal pelanggan” anda

Siapakah yang anda fikirkan sesuai untuk berkolaborasi dengan anda?
 Adakah pemilik bisnes hotel? Pemilik bisnes homestay? Resort? Atau para usahawan yang mempunyai perniagaan yang berkaitan dengan industri percutian?
 Mereka ini boleh jadi pelanggan kepada perkhidmatan review yang anda bakal tawarkan melalui blog travel yang anda tulis. Cuma sementara anda masih belum ada pelanggan, bolehlah anda mula mengarang ayat dan cuba kenalpasti apakah yang anda boleh tawarkan kepada mereka, sekiranya mereka sudi bekerjasama dengan anda kelak.
 Bila kita dah siap sedia dari awal, nanti apabila blog kita dah sedia dan cukup matang untuk mula menawarkan servis review dan advertorial, tak ada lah waktu itu baru pening kepala macam mana nak karang ayat dan nak hubungi bakal pelanggan yang mungkin sesuai untuk jalinkan usahasama.
 Semoga beberapa tips yang saya kongsikan disini dapat membantu anda dalam menghasilkan blog dalam niche travel anda. Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya.

25 Sebab kenapa orang memulakan bisnes sendiri


Apa yang mendorong seseorang itu membuat keputusan untuk memulakan bisnesnya sendiri? Adakah sebab nak mengaut keuntungan lumayan semata-mata, atau adakah sebab minat yang mendalam terhadap bidang yang dipilih?

Saya berpendapat, ada macam-macam sebab kenapa orang memilih untuk berbisnes dan bukannya kerja makan gaji. Boleh jadi ada beratus-ratus sebab yang berbeza.

Kalau saya nak senaraikan satu per satu, pasti sangat banyak. Jadi apa yang saya buat adalah saya senaraikan setakat 25 sebab, kenapa seseorang itu buat keputusan untuk buat bisnes sendiri dan bukannya kerja dengan orang.

Bisnes yang dipilih mungkin berbeza. Sama ada bisnes dobi, bisnes kedai makan, bisnes kedai runcit, mahupun bisnes online. Ini adalah antara sebab kenapa mereka pilih untuk cari rezeki menerusi jalan bisnes.
sistem-perakaunan-yang-terbaik

(1) Masa kerja yang fleksibel

Hakikatnya bukan semua orang mampu untuk bekerja mengikut waktu kerja yang tetap, contohnya dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang setiap hari.

Ataupun kerja mengikut jadual syif. Ada hari kena kerja dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ada hari kena kerja dari jam 10 pagi sampai 6 petang, dan ada ketikanya kena bekerja dari jam 2 petang sampai jam 10 malam.

Setiap minggu pula, jadual sukar untuk dijangka. Sentiasa bertukar-tukar, mengikut kesesuaian. Ini membuatkan proses untuk memohon cuti dan meluangkan masa bersama keluarga jadi agak sukar.

Kalau orang yang masih bujang dan hidup sendiri, mungkin tak ada masalah untuk kerja dengan jadual seumpama itu. Tetapi berbeza halnya dengan orang yang dah berkeluarga, yang kadang-kadang perlu hantar dan jemput isteri untuk ke tempat kerja, ada anak yang masih bersekolah dan sebagainya.

Sebaliknya, kita lebih sesuai kalau bekerja mengikut jadual yang fleksibel. Kalau waktu pagi tak free sebab nak bawa anak ke klinik, masa yang digunakan untuk ke klinik itu tadi boleh digantikan pada waktu lain. Misalnya pada waktu malam.

Tak kisahlah nak mula kerja jam berapa sekalipun, sebab yang penting, kerja siap. Setiap kerja ada dateline dia. Kalau kita dah janji, kerja akan siap sebelum hari rabu, bermakna sebelum hari rabu ia perlu disiapkan.

Pukul berapa kita nak mulakan kerja, atau bila kita nak berhenti buat kerja, itu bukan satu isu besar. Apa yang penting kualiti kerja dan produktiviti kerja sebaik mereka yang ada waktu kerja yang telah ditetapkan.

Apabila kita kerja dengan orang, memang agak sukar nak dapatkan kerja yang fleksibel dengan masa kita. Melainkan kalau kita kerja sendiri sebagai seorang freelancer ataupun jadi usahawan. Pada ketika itu, kitalah yang akan tetapkan sendiri jadual kerja kita.

(2) Anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri

Pada peringkat permulaan, perkara ini memang hampir mustahil untuk dicapai. Tetapi, setelah bisnes anda sudah mula berkembang, dan anda sudah mempunyai pekerja yang boleh dipercayai, pada masa itu beban kerja sudah makin berkurang.

Urusan harian yang menjadi rutin, boleh diserahkan kepada pekerja. Cuma sesekali anda perlu buat pemantauan bagi memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja anda menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Sesekali puji dan hargai keikhlasan pekerja anda. Ini secara tak langsung bakal membuatkan pekerja anda rasa dihargai.

(3) Anda bebas untuk buat sebarang keputusan

Kuasa untuk membuat keputusan adalah ditangan anda. Anda tak perlu nak menunggu approval daripada siapa-siapa untuk buat sebarang keputusan.

Kadang-kadang perkara kecil pun kita kena tunggu dapatkan approval dan terpaksa ikut kerenah birokrasi bila kerja dengan majikan. Ini membuatkan sesetengah perkara atau keputusan jadi agak perlahan dan progres sesuatu projek agak lembab.

Semuanya sebab belum dapat approval.

(4) Boleh pilih untuk bekerja dengan siapa dan dengan pelanggan yang bagaimana

Setiap bisnes ada terma dan syaratnya. Menjadi tanggungjawab pelanggan untuk ambil tahu, apakah dia terma dan syarat sesuatu syarikat dan pelanggan perlu bersetuju dengan terma dan syarat tersebut sebelum melakukan sebarang transaksi .

Sebagai contoh kalau kita nak beli tiket kapal terbang Air Asia. Sebelum buat bayaran, kita akan diminta untuk baca dan setuju dengan terma dan syarat terlebih dahulu. Bila kita dah klik setuju, barulah boleh buat transaksi.

Begitu la juga dengan lain-lain bisnes yang ada diluar sana. Pelanggan kena bersetuju dengan terma dan syarat terlebih dulu. Kalau sebagai pelanggan, anda rasa tak boleh bersetuju, then pergilah ke perniagaan lain.

Pada perspektif pemilik bisnes, dengan adanya terma dan syarat ini, mereka sebenarnya telah melakukan proses saringan, pelanggan yang bagaimana yang mereka mahu untuk berurusan dengan mereka.

Orang bisnes, boleh pilih nak berurusan dengan pelanggan yang bagaimana. Kalau rasa tak selesa nak berurusan dengan pelanggan tertentu, boleh tarik diri dan elakkan untuk pening kepala di kemudian hari.

(5) Cipta suasana kerja yang ideal

Bukan mudah untuk kita cari tempat kerja yang mampu untuk menyediakan persekitaran kerja seperti mana yang kita mahukan. Sebaliknya, kalau syarikat tersebut milik kita sendiri, kita bebas untuk menetapkan konsep dan persekitaran kerja yang kita mahukan.
playstation
Anda ingin wujudkan bilik rehat yang lengkap dengan permainan video playstation? Ya boleh. Tak ada masalah.

(6) Realisasikan cita-cita anda

Mungkin dalam jiwa anda sememangnya tersemai semangat seorang ahli perniagaan. Bagi sebahagian individu, idea untuk memulakan bisnes sendiri adalah sesuatu yang menakutkan.

Ada banyak cabaran dan risiko yang perlu dihadapi jika nak buat bisnes sendiri. Tapi anda mungkin berbeza. Anda tak takut dengan risiko dan sukakan cabaran. Apabila peluang untuk buat bisnes telah muncul dan modal sudah ada dalam tangan, apa tunggu lagi?

Realisasikan cita-cita anda selama ini. Mulakanlah bisnes anda sendiri.

(7) Bina kenalan dan rangkaian perniagaan

Ini sebahagian daripada kelebihan yang bakal dilalui oleh golongan usahawan. Apabila masuk ke dunia keusahawanan, peluang untuk anda mula bina rangkaian perniagaan dan berkenalan dengan usahawan lain turut terbuka luas.

Sesetengah usahawan yang ada, bakal menjadi pesaing dan musuh perniagaan anda. Namun akan ada juga yang akan menjadi rakan niaga dan strategic partner anda.

Anda akan saling bantu membantu, bagi memastikan sama-sama raih kejayaan.

(8) Bina pasukan impian anda sendiri

Kita tak dapat nak pilih, dengan siapa kita akan bekerja dan siapa yang bakal menjadi team member kita apabila kita bekerja dengan orang lain. Kalau semua orang dalam pasukan kita jenis yang memang komited dengan kerja, Alhamdulillah… urusan kerja akan berjalan dengan lancar.
perniagaan-kecil
Tapi kalau dapat pasukan yang selalu datang lambat, kaki MC, kerja akan jadi susah untuk dilakukan dan secara tak langsung beban kerja akan digalas oleh orang lain. Mujurlah dengan menjadi bos, kita boleh pilih siapa yang bakal jadi ahli dalam pasukan yang bakal dibina.

Kalau tak suka, pecat sahaja. Kalau pekerja tersebut memang tak bagus, masih tak berubah walaupun telah diajar dan diberi latihan, lepaskan dia. Mungkin dia tak sesuai untuk bekerja dengan anda.

(9) Cipta peluang pekerjaan kepada masyarakat

Sebagai pemilik bisnes, anda boleh bantu meningkatkan ekonomi penduduk sekitar apabila anda mewujudkan peluang pekerjaan di premis perniagaan anda. Ya, mungkin anda hanya boleh wujudkan dua, tiga atau kurang dari 10 peluang kerja.

Tapi ini juga sudah kira cukup baik. Setidak-tidaknya 10 orang yang bekerja dengan anda ini, tak perlu pening-pening kepala nak cari kerja dekat tempat lain.

(10) Bantu memudahkan urusan orang lain

Produk mahupun servis yang anda tawarkan mampu untuk memudahkan urusan orang lain. Kita ambil satu contoh. Andai kata anda menjalankan bisnes dobi.

Kewujudan bisnes anda secara tak langsung dapat memudahkan penduduk disekitar anda mendapat khidmat mencuci pakaian. Jika konsep perniagaan dobi yang anda jalankan adalah dobi layan diri, anda juga telah memudahkan pelanggan yang tinggal dikawasan sekitar dan mereka tak perlu susah payah nak beli mesin basuh mereka sendiri.

Produk dan juga perkhidmatan yang anda tawarkan dapat membantu menyenangkan kehidupan pelanggan anda.

(11) Berpeluang untuk jadi pakar dalam industri

Apabila kita menjalankan sesuatu bisnes, secara tak langsung kita akan tambahkan ilmu dalam bidang yang berkaitan. Kita akan cari ilmu dengan belajar secara formal mahupun tak formal. Selepas beberapa ketika, anda akan jadi seorang yang pakar terhadap bidang yang diceburi.

(12) Hasilkan lebih banyak duit

Bila kerja dengan orang, pendapatan kita telah ditetapkan. Tak kiralah sama ada produktiviti kita tinggi ataupun rendah. Kalau dalam kontrak dah dipersetujui, yang gaji kita adalah RM3,000 sebulan, maka itu sahajalah jumlah yang bakal diperolehi.

Berbeza pula halnya kalau ada bisnes sendiri. Jika anda rajin, usaha lebih baik, dan teknik urus bisnes juga betul, anda ada peluang untuk hasilkan lagi banyak pendapatan berbanding kerja makan gaji.

(13) Peluang jana pendapatan tanpa had

Usaha dengan lebih baik, fikirkan strategi perniagaan yang lebih bagus berbanding sebelum ini, dan bekerjasama dengan individu lain yang lebih berpengaruh adalah resipi untuk dapatkan hasil yang lebih baik.

Pendapatan anda dihadkan setakat mana anda sanggup untuk berikan usaha terbaik terhadap bisnes yang anda jalankan.

Bisnes yang berbeza, ada game plan yang berbeza. Apabila anda benar-benar faham strategi dan game plan bisnes anda, pendapatan anda juga akan meningkat. In Shaa Allah.

(14) Capai status kebebasan kewangan

Perkara ini bukanlah satu rahsia. Ternyata telah ramai yang berjaya capai status bebas dari segi kewangan apabila menceburi bidang perniagaan.

Jika dibuat dengan betul, In Shaa Allah anda juga boleh berjaya.

(15) Tax benefit

Dari perspektif sistem percukaian, anda mempunyai lagi banyak ruang untuk dapatkan pengecualian cukai berbanding kalau anda kerja makan gaji. Malahan, kalau anda bekerja makan gaji, gaji anda akan dipotong melalui program Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan pengecualian cukai yang anda perolehi tak sebanyak pemilik perniagaan.

Jika anda ingin ketahui dengan lebih mendalam tentang percukaian dan apa potongan cukai yang anda bakal nikmati sebagai pemilik perniagaan, bolehlah dapatkan khidmat nasihat dari Real Management Services.

Syarikat ini berpengalaman memberikan nasihat berkaitan aspek percukaian kepada individu dan juga kepada pemilik perniagaan.

(16) Setiap hari dengan cabaran baru

Anda jenis yang cepat bosan apabila perlu hadapi rutin kerja yang sama setiap hari? Jika anda jawab ya, maka kehidupan sebagai seorang ahli perniagaan mungkin lebih bermakna untuk anda.

Untuk mereka yang sukakan cabaran yang baru dan tak berapa minat untuk hadapi rutin kerja yang sama setiap hari, inilah salah satu sebab untuk anda mulakan bisnes anda sendiri.

(17) Cipta aset

Segala peralatan dan kelengkapan yang anda gunakan untuk menjalankan bisnes adalah aset untuk anda. Ianya boleh dicairkan, jika satu hari nanti anda sudah tak minat nak teruskan bisnes tersebut.

Ataupun, anda boleh jual bisnes anda kepada usahawan lain yang mungkin minat nak buat bisnes yang sama seperti yang anda lakukan.

(18) Delegate kerja-kerja yang anda tak suka buat kepada orang lain

Inilah untungnya bila jadi bos dan ada bisnes sendiri.

Mana-mana kerja yang anda rasakan agak leceh dan malas nak dibuat, anda boleh serahkan kepada orang lain. Terpulanglah kepada anda, sama ada nak dapatkan pekerja sepenuh masa, pekerja sambilan ataupun nak upah freelancer untuk buat kerja bagi pihak anda.

(19) Setiap hari tak terasa seperti sedang bekerja

Inilah yang bakal anda rasakan, sekiranya anda buat sesuatu perkara yang memang anda minat. Setiap hari tak terasa seperti sedang bekerja, walaupun pada hakikatnya kita memang sedang bekerja.

Justeru, memang untung siapa yang berjaya jadikan minatnya sebagai satu bisnes.

(20) Jadi mentor untuk orang lain

Orang bisnes lazimnya suka untuk lihat orang lain yang buat bisnes turut sama-sama berjaya. Rezeki Allah ni sangatlah luas dan ia boleh dikongsi bersama.

Kalau ada yang kurang berjaya, boleh dibantu dengan memberi tips serta perkongsian strategi, supaya sama-sama boleh berjaya. Lagi ramai yang berjaya dalam bidang perniagaan, itu lebih baik. Secara tak langsung, ianya akan saling menguatkan hubungan bisnes antara satu sama lain, dan ekonomi juga akan bertambah baik.

(21) Anda boleh bekerja dari mana-mana yang anda suka

Poin ini sebenarnya lebih kurang sama dengan poin nombor 2. Anda boleh bekerja dari mana-mana tempat apabila anda ada bisnes sendiri. Ini boleh berlaku apabila anda mempunyai pekerja yang boleh diharapkan ataupun perniagaan anda dibina menerusi sistem sokongan yang boleh berjalan sendiri tanpa memerlukan penglibatan anda secara aktif.

Saya ambil contoh kalau anda berniaga produk menerusi laman web shopping Shopee.
tips-bisnes-shopee
Anda hanya perlu upload maklumat produk yang anda jual di Shopee. Seterusnya anda boleh pilih sama ada nak gunakan kaedah iklan berbayar atau biarkan sahaja sistem Shopee yang akan tolong carikan pelanggan bagi pihak anda.

Apabila ada tempahan, anda uruskan tempahan tersebut sama ada menerusi sistem dropship atau anda pos sendiri. Semua ini anda boleh buat sendiri, tanpa perlu susah payah untuk anda bekerja di pejabat.

(22) Dapatkan pengalaman berniaga

Kalau nak dapat pengalaman bekerja, anda kerjalah dengan majikan. Sebaliknya, kalau nak dapatkan pengalaman berniaga, caranya adalah dengan menceburi bidang perniagaan.

Tak kisahlah apa jenis perniagaan, sama ada besar atau kecil. Pengalaman yang bakal anda perolehi nanti, ianya tetap begitu berharga.

(23) Bina jenama sendiri

Setiap perkara yang anda lakukan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda bakal membuatkan nama dan jenama anda semakin dikenali dan dipercayai.

Ini berbeza apabila anda menjadi seorang pekerja. Apa yang anda lakukan semasa dalam perkhidmatan, paling baik mungkin akan diberikan anugerah pekerja terbaik. Itupun kalau ada.

(24) Mempunyai pelbagai bisnes dalam satu masa

Buat satu bisnes. Buat sampai jadi. Ataupun setidak-tidaknya, sampai boleh dapat hasil positif dari bisnes tersebut.

Kemudian, cari masa untuk buat satu lagi bisnes. Kalau boleh buat bisnes yang berkaitan dan yang tak mengganggu bisnes utama. Saya bagi contoh. Bisnes utama adalah bisnes homestay. Bila bisnes dah mula berjalan dengan baik, dah ada pelanggan, kemudian anda tawarkan pula bisnes pakej percutian dengan pelbagai aktiviti menarik.

Selain itu boleh kembangkan lagi kepada bisnes tour guide, bisnes kereta sewa, bisnes jual tiket masuk ke taman tema dan macam-macam lagi.

(25) Bina legasi untuk ditinggalkan kepada waris

Sebagai seorang pekerja, anda tak mungkin dapat wariskan jawatan anda kepada waris anda, apabila sampai masa untuk bersara kelak. Sebaliknya, jika anda mempunyai bisnes sendiri, anda ada pilihan untuk turunkan perniagaan yang anda bina kepada anak-anak anda.

Jika pewaris anda merupakan seorang yang berkebolehan dalam bidang perniagaan, besar kemungkinan mereka ini akan besarkan lagi perniagaan anda. Jika sebaliknya, boleh jadi mereka akan jadi punca kejatuhan bisnes anda.

Apa yang pasti, bisnes yang anda bina itu nanti, boleh diwariskan. Maka beruntunglah mereka yang lahir dalam keluarga yang ada bisnes sendiri. Mereka tak perlu risau kalau tak dapat bekerja dengan majikan, sebabnya mereka masih ada pilihan untuk kerja dengan famili sendiri.

Saya berhenti setakat sampai disini dulu. Saya percaya, kalau diperhalusi lagi, pasti ada banyak lagi sebab kenapa seseorang itu memilih untuk buat bisnes sendiri. Apa yang pasti, orang buat bisnes sendiri bukan setakat sebab minat atau sebab nak buat untung semata-mata.

TAK PERLU TUNGGU TUA UNTUK BERJAYA

  Mereka yang berjaya, kebanyakan tidak menunggu hingga sudah berusia mahupun tua. Untuk berjaya, mereka tidak hanya tunggu bagi menjalani k...